Skip to main content

Frequenty Asked Questions

1.1   PERMOHONAN

Adakah pelajar lepasan Diploma Vokasional Malaysia (DVM) boleh memohon program pengajian di FPTV UTHM?
Ya, FPTV menawarkan program Ijazah Sarjana Muda Teknologi (ISMT) kepada pelajar lepasan DVM.
Jika calon tiada MUET, adakah permohonan akan diproses?
TIDAK. Pemohon perlu memperolehi keputusan minima MUET Band 2 untuk kemasukan ke semua program sarjana muda di UTHM.
Bagaimana calon ingin memohon program di FPTV UTHM?
Permohonan ke FPTV UTHM boleh dibuat melalui UPU Online yang dibuka pada Februari hingga April setiap tahun.
Apakah MEdSI?
Ujian Inventori Pemilihan Pendidik Malaysia [Malaysian Educators Selection Inventory (MEdSI)] ialah suatu ujian pemilihan untuk kemasukan ke Program Pengajian Pendidikan LepasanSTPM/Setaraf di Institut Pengajian Tinggi Awam.
Bolehkah saya membuat permohonan melalui UPUOnline sedangkan saya belum tamat pengajian?
Calon Diploma/setaraf yang belum menamatkan pengajian dan dijangka akan tamat pengajian selepas tarikh UPUOnline ditutup, masih boleh mengemukakan permohonan UPUOnline. Calon yang belum tamat dan hanya akan tamat pengajian selepas pemohonan ditutup hingga tarikh permohonan rayuan UPUOnline boleh mengemas kini tarikh tamat pengajian dan sekiranya ditawarkan calon boleh menyerahkan salinan dokumen semasa sesi temuduga diadakan.
Saya adalah pelajar lepasan STPM, bolehkah saya membuat permohonan UPUOnline ke peringkat Diploma dan Sarjana Muda?
Boleh, bagi calon yang mempunyai keputusan STPM dan SPM, calon boleh mengemukakan permohonan ke peringkat Diploma dan Sarjana Muda dengan syarat menyerahkan Salinan keputusan akhir yang disahkan oleh pihak Institusi akhir untuk Lepasan SPM dan STPM / Setaraf.
Adakah permohonan UPUOnline boleh dibuat sekiranya saya masih belum mengambil MUET semasa permohonan dibuka?
Calon masih boleh mengemukakan permohonan UPUOnline sekiranya masih belum mengambil MUET semasa permohonan dibuka. Calon perlu memiliki keputusan MUET selewat-lewatnya sebelum tarikh tutup permohonan UPUOnline bagi membolehkan pemilihan program pengajian dibuat.
Bagaimana saya boleh mengetahui bahawa saya dipanggil untuk temu duga atau ujian seperti Ujian MEdSI?
Calon dinasihatkan untuk menyemak di laman web rasmi Institusi. Pihak Institusi akan menghubungi anda untuk maklumkan mengenai panggilan Temu duga/ Ujian.
Sekiranya saya gagal untuk panggilan ke ujian MEdSI bolehkah saya membuat rayuan?
Tiada rayuan yang dibuka sekiranya anda gagal mendapat panggilan ke ujian MEdSI. Ujian MEdSI hanya dilakukan sekali sahaja bagi setiap pengambilan.
Jika saya tidak mendapat panggilan temuduga, bolehkah saya melakukan rayuan bagi program bertemuduga sekiranya saya gagal mendapat sebarang tawaran?
Boleh, sekiranya program bertemuduga tersebut ditawarkan semasa permohonan rayuan berdasarkan kekosongan tempat dan melepasi syarat khas program.
Sekiranya saya ingin menukar tawaran program yang diberikan, bolehkah saya membuat permohonan rayuan?
Rayuan hanya dibenarkan kepada calon yang berjaya dalam sesi temuduga. Namun rayuan adalah tertakluk kepada peraturan akademik yang sedia ada.
Saya sudah bekerja, boleh atau tidak saya sambung ‘degree’ secara ‘part time’ di UTHM?
TIDAK. Program sarjana muda UTHM hanya dijalankan secara sepenuh masa.
Bila permohonan kemasukan pengajian sarjana muda bagi program di FPTV UTHM?
Panduan buat para pelajar lepasan Diploma/ STPM yang ingin melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda di FPTV. Permohonan untuk melanjutkan pengajian ke Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) adalah pada bulan Februari dan ambilan kedua akan dibuka pada bulan November pada setiap tahun.
Jika pelajar sedang belajar di IPTA lain. Bolehkah memohon kemasukan ke FPTV bagi program menyambung pengajian bidang pendidikan?
TIDAK DIBENARKAN kerana syarat permohonan kemasukan calon tidak boleh berstatus aktif dimana-mana IPTA.

1.2   PEPERIKSAAN DAN KEPUTUSAN

Mengapa pelajar tidak dapat melihat keputusan peperiksaan akhir di SMAP?

Pelajar perlu membuat bayaran yuran atau sebarang tunggakan bayaran/hutang. Pelajar dinasihatkan untuk mengemaskini pembayaran yang dibuat secara Jompay atau online di akaun rasmi Pejabat Bendahari UTHM.

1.3   TAMAT GRADUAN DAN KONVOKESYEN

Bagaimana pelajar boleh dapatkan surat pengesahan tamat pengajian pelajar UTHM?

Pelajar dinasihatkan terus menghubungi Unit Rekod Pelajar, Pejabat Pengurusan Akademik UTHM.

Pelajar ingin tahu tentang status layak bergraduan dan konvokesyen.

Pelajar dinasihatkan untuk menghubungi Pejabat Pengurusan Akademik UTHM. Portal konvokesyen UTHM boleh dilayari melalui laman sesawang rasmi Universiti setelah tarikh dimaklumkan secara rasmi oleh pejabat Naib Canselor.

Apakah syarat untuk kelayakan memohon mengikuti Majlis Konvokesyen?

Pelajar boleh membuat permohonan melalui Fakulti. Setelah mendapat surat pengesahan penganugerahan graduan, pastikan segala hutang tertunggak dengan Universiti hendaklah dilangsaikan. Semakan hutang boleh dibuat melalui SMAP online.

1.4   PENDAFTARAN

Bolehkah saya memohon pengecualian kredit (PC) bagi kursus yang saya telah ambil semasa program diploma?

Boleh, pelajar boleh memohon kepada Fakulti @ Penasihat Akademik dan Kerjaya (PAK) Fakulti masing-masing dengan melengkapkan borang pengecualian kredit. Proses ini akan dilaksanakan selepas pelajar mendaftar secara rasmi.

Bagaimana jika pelajar terlupa kata laluan di SMP?

Pelajar boleh buka portal rasmi di SMP dan tekan pada ruangan lupa kata laluan. Sekiranya masih tidak Berjaya bagi tujuan tersebut, pelajar dikehendaki menhubungi ke Seksyen Sistem Maklumat Pelajar,Pusat Teknologi Maklumat (PTM).

Bagaimanakah pelajar memperolehi Jadual Kuliah?

Jadual kuliah boleh diperolehi di laman web rasmi Pejabat Pengurusan Akademik bagi setiap semester pangajian.

1.5   PERMOHONAN KERTAS KERJA AKTIVITI

Pelajar ingin membuat permohonan meminjam peralatan bagi PnP di FPTV.

Hanya pelajar FPTV Sahaja yang dibenarkan untuk meminjam peralatan di FPTV bagi tujuan tersebut. Manakala pelajar fakulti lain dikehendaki membuat permohonan ke PTj lain (HEP/Pusat Sukan/PPUK)

Adakah pelajar dibolehkan membuat tempahan kenderaan universiti untuk melakukan aktiviti di luar UTHM?

Boleh dengan syarat aktiviti tersebut telah melalui proses kelulusan kertas kerja. Borang tempahan boleh didapati di portal rasmi Pejabat Hal Ehwal Pelajar dan disertakan kertas kerja yang telah diluluskan.